Aura Citra Beauty House 4 Trend Makeup Terkini dari New York Fashion Week 2016 | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

4 Trend Makeup Terkini dari New York Fashion Week 2016



New York Fashion Week 2016 yang telah berlangsung tidak hanya memberikan persembahan deretan koleksi terbaru para Perancang Makeup sahaja, bahkan juga trend kecantikan.

4 trend Makeup terbaru dari New York Fashion Week 2016 ini dirangkum dari banyak penampilan para model yang berjalan di atas pentas Catwalk New York Fashion Week 2016.

Diantaranya ialah gaya rambut dan makeup yang dipersembahkan oleh peragaan busana Victoria Beckham, Alice + Olivia, Moniquw Lhuilier, Jenny Packham, Jason Wu, Tory Burch, Alexander Wang, Rodarte dan banyak lagi. Inilah ulasan 4 trend makeup New York Fashion Week 2016.
Lipstik warna ungu plum dan hitam
Peragaan busana Rodarte dan Fenty X Puma menampilkan wajah para model yang muncul dalam applikasi lipstik warna ungu plum dan hitam. Penyanyi, Rihanna, dijadikan sebagai inspirasi yang berani tampil berbeza dengan lipstik warna ungu gelap dan hitam dalam belbagai penampilan.

Eyeliner warna pop di setengah sudut atas mata
Mansur Gavriel mengetengahkan penampilan para model dengan gaya pop art yang klasik. Sentuhan warna contrast muncul hanya pada satu bahagian sahaja, iaitu sudut atas mata. Penggunaan eyeliner pensil warna biru digariskan pada setengah bahagian sudut atas mata. Eyeliner tersebut dikombinasikan dengan alis natural dengan lipstik warna pink pucat.

Kelopak mata hitam meruncing gaya Grunge
Anda bosan dengan eyeshadow pada kelopak mata? Sudah sampai masanya untuk menggantikan eyeshadow dengan eyeliner yang membingkai mata secara keseluruhan. Bezanya, eyeliner ini diapplikasikan secara lebih tebal, panjang dan melebar dan membentuk sudut seperti wing-eyed, seperti riasan wajah model pada peragaan busana Alicia+Olivia.

Garis mata silver dan maskara hitam
Giulieta menginspirasikan trend makeup ala tahun 1960-an yang bertemakan Glamour Vintage. Aplikasi eyeshadow warna terang ditambahkan dengan eyeliner warna silver jenis glitter di sepanjang kelopak dan garis mata. Jangan lupa applikasikan maskara hitam untuk mengimbangi kesan pucat dan mata sepet saat menggunakan riasan ini.

0 Response to "4 Trend Makeup Terkini dari New York Fashion Week 2016"

Catat Ulasan