Aura Citra Beauty House Kecilkan Betis Secara 'Instant' Dengan Cara Ini | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Kecilkan Betis Secara 'Instant' Dengan Cara Ini



Selain bahagian peha, bahagian kaki yang kerap dikeluhkan sebahagian wanita kerana bentuknya yang besar dan tidak proporsional adalah betis. Betis berukuran besar memang mempengaruhi terhadap keseluruhan penampilan, apatah lagi jika anda salah seorang yang menyukai pemakaian yang seksi seperti skirt pendek yang memperlihatkan bentuk betis secara jelas.

Begitu banyak penyebab betis menjadi besar, di antaranya adalah faktor genetik atau keturunan, sering berdiri dalam waktu yang lama sehingga perjalanan di pembuluh darah serta toksin terkumpul pada bahagian bawah tubuh.

Faktor lain juga, datang dari mengenakan kasut yang tidak sesuai untuk kaki serta cara berolahraga yang salah sehingga membuat lemak melekat pada otot dan terkumpul di bahagian kaki.

Bagi anda yang ingin mencuba cara 'instant' dan mudah mengecilkan betis, cubalah perawatan Biomesosculpture dan Akuapuntur. Perawatan ini memang bukan pendedahan baru, namun cukup memberikan hasil maksimum melalui 'Proses Kesan Pengecilan Betis'.

Selain itu, perawatan relatif ini adalah mudah kerana menggunakan intervensi alat dari luar sehingga tidak menggunakan ubat-ubatan kimia yang menyerap dan menganggu metabolisme tubuh badan.

“Perawatan ini tidak menyebabkan sakit, tanpa intervensi ubat mahupun jarum melainkan teknik 'Grip And Release' untuk memecah timbunan lemak serta menegangkannya. Penjelasan mudahnya adalah latihan menggunakan supporting slimming gel dan pemakaian wrapping set, ” terang Doktor Riska Melanie dari CBC Beauty Care.

Biomesosculpture untuk betis dilakukan dengan cara 'Suction and Release' (Sedut dan Lepas) pada bahagian betis. Setelah disapukan gel, juga dilakukan 30 penekanan yang berfungsi memecahkan sel-sel lemak menjadi bahagian-bahagian kecil.

Waktu yang diambil adalah sekitar 25 minit, namun bergantung pada keadaan yang menerima rawatan dan seberapa keras lemak yang dimilikinya. Perawatan untuk betis diteruskan dengan proses wrapping sebagai rawatan lanjutan.

Sementara itu, untuk perawatan betis yang menggunakan Akuapuntur, iaitu teknik pengecilan bahagian tubuh dengan cara memasukkan ubat ke dalam tubuh, yang ingin melakukan rawatan ini dinasihatkan melakukan rawatan selama lima kali atau sekurang-kurangnya seminggu dua kali. Barulah kemudian lakukan rawatan secara berkala iaitu sebulan sekali untuk menjaga hasilnya. Perawatan Akuapuntur untuk betis memakan masa selama 45 minit.


Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Kecilkan Betis Secara 'Instant' Dengan Cara Ini "

Catat Ulasan