Aura Citra Beauty House Tahukan Anda? Kebaikan Menggunakan Syampu Bebas Sulfat? | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Tahukan Anda? Kebaikan Menggunakan Syampu Bebas Sulfat?



Sekerap manapun anda melakukan rawatan rambut di salun, namun masih menggunakan syampu yang tidak sesuai dengan keadaan kulit kepala, maka hasilnya tidak akan semaksima yang anda harapkan. Terdapat banyak pilihan produk syampu yang menawarkan keunggulan produk masing-masing tetapi kita harus fahami dahulu manfaat utamanya, iaitu untuk mengatasi masalah kesihatan rambut anda.

Sekarang ini, trend menggantikan produk syampu biasa kepada syampu bebas sulfat sedang digemari oleh sebahagian wanita. Namun, tidak ramai wanita yang mengikuti arus trend ini tanpa mengetahui apa sebenarnya yang syampu itu lakukan terhadap "mahkota" anda.

Sebelum anda memutuskan untuk menggantikan produk syampu jenis bebas sulfat, fahami dulu manfaat memakai syampu bebas sulfat yang dinyatakan oleh pakar kecantikan rambut dari L’Oreal Paris.

Apa itu sulfat?


Sulfat itu adalah sejenis sodium atau garam yang jika dioleskan secara biasa akan bersifat membersihkan. Sulfat adalah bahan utama yang terdapat pada produk syampu yang dicampurkan ke dalam minyak, aroma, serta zat lain untuk membersihkan kotoran pada rambut. Sulfat juga berperanan dalam menghasilkan sabun dan gelembung ketika digosok pada rambut anda.

Bagaimana caranya anda memilih produk syampu?


Terdapat banyak pilihan untuk kita jalani pola hidup yang sihat, seperti berolahraga, mengonsumsi produk organik, atau sayuran hijau demi untuk menjaga tubuh badan untuk tetap sihat. Jadi, mengapa hal tersebut tidak kita terapkan ketika memilih produk syampu?

Syampu bebas sulfat secara efektif akan mengurangkan abrasi serta tekanan pada serat dan helai rambut. Formula ini membantu setiap untai dan folikel rambut agar lebih kuat dan tidak mudah kusut. Syampu bebas sulfat juga memiliki tambahan lain agar rambut tidak kusut kerana sering terkena alat pendandan rambut. Selain itu, syampu bebas sulfat akan memelihara warna semulajadi rambut anda, serta menjaga kelembapan dan kelembutannya.

Apakah yang anda inginkan dari produk syampu?

 
Rambut manusia sudah ditentukan jenis, tekstur, warna, keratin, serta kadar kelembapan dan kekeringannya, sehingga cukup mudah untuk mencari produk syampu yang tepat untuk membantu mengatasi masalah alamiah tersebut.

Dan lebih lanjut lagi, pakar kecantikan rambut dari L’Oreal Paris mengesyorkan anda untuk mengetahui secara pasti produk yang sesuai demi memenuhi keperluan semulajadi rambut anda, baik dari pengambilan makanan dan lain-lain lagi. 


Semoga bermanfaat... :)

Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Tahukan Anda? Kebaikan Menggunakan Syampu Bebas Sulfat? "

Catat Ulasan