Aura Citra Beauty House Membuat Scrub Sendiri Agar Kulit Lebih Mulus | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Membuat Scrub Sendiri Agar Kulit Lebih Mulus


Kulit manusia mengalami regenerasi secara terus-menerus. Untuk kanak-kanak, sel-sel kulit mati akan menggelupas dengan sendirinya diikuti oleh tumbuhnya sel baru secara semulajadi. Tetapi untuk orang dewasa, khususnya yang sudah berusia 35 tahun ke atas, sel-sel kulit mati itu tidak dapat tumbuh dengan sempurna dan sukar untuk mengelupas dengan sendirinya. Dan jika sel-sel kulit mati dibiarkan terus-menerus, ia akan kelihatan bertompok-tompok sehingga kulit kelihatan kering, kusam dan bersisik.

Meskipun setiap hari dibersihkan ketika mandi, ianya tidak cukup untuk membuang lapisan kulit mati. Itulah pentingnya untuk kita melakukan scrubbing, khususnya di kawasan tubuh yang kusam, kering dan bersisik.

Scrubbing menjadi  salah satu cara untuk membersihkan lapisan teratas kulit, iaitu epidermis dan membebaskannya dari sel-sel kulit mati akibat tompokan kotoran dan minyak yang melambatkan proses regenerasi. Proses ini idealnya dilakukan dengan rutin setidak-tidaknya dua kali dalam seminggu dengan menggosokkan scrub kepada kulit secara perlahan.

Berbagai-bagai produk kecantikan menawarkan scrub yang mengandungi bahan-bahan semulajadi, namun jika anda membuatnya sendiri di rumah tentu akan lebih senang dan memberikan sensasi tersendiri. Lakukanlah di hujung minggu, saya jamin anda akan beroleh suntikan semangat untuk menyambut aktiviti keesokan hari!

Pastikan Bersih
Bila kulit anda sensitif  terhadap bahan-bahan kimia pada produk kosmetik, membuat scrub sendiri adalah jalan keluar yang tepat. Mudah dan hanya perlu 10 minit. Namun jangan lupa, cuci bersih buah-buahan sebelum digunakan.

Scrub untuk Kulit Bersisik
Ambil tiga sudu makan air perahan asam jawa dan larutkan bersama 3 sudu makan oatmeal mentah. Kemudian, gosok perlahan-lahan pada kulit dengan gerakan berputar. Biarkan meresap selama 5 minit, lalu bilas dengan air suam. Rasakan kulit yang lebih halus dan cerah.

Scrub untuk Lancarkan Peredaran Darah
Racikan tea scrub dari teh berkualiti tinggi, beras putih, beras merah, kacang hijau, kacang soya dan asam jawa dapat digunakan untuk membuang sel-sel kulit mati. Dan paling utama, ianya dapat melancarkan peredaran darah dan melembapkan kulit hingga bebas selulit.

Caranya mudah, kisarkan semua bahan ke dalam blender kering, lalu masukkan daun teh. Haluskan lagi sambil mencapurkannya dengan asam jawa agar mudah dan licin saat diaplikasikan ke tubuh anda. Tetapi sebelum anda mengaplikasikannya, sapukan sedikit baby oil pada racikan ini.

Scrub untuk Mensamarkan Noda Hitam
Bila anda memiliki kulit yang kusam, kasar, berkedut dan bernoda hitam, bahan yang baik untuk dikonsumsi untuk kulit anda adalah lobak merah dengan yang kaya dengan vitamin A. Kandungan ini dapat membantu pemeliharaan jaringan-jaringan kulit. Sementara beta karoten yang terkandung, dapat menjaga kelembapan kulit, menghilangkan kulit bersisik, dan membuat kulit kelihatan lebih berseri.

Ingin mencubanya? Ambil empat biji lobak merah, kemudian kisar kasar dan campur dengan body lotion. Mudah, bukan?

Scrub untuk Kulit Kering
Kelapa juga dapat membantu mengatasi kulit yang kering. Ini adalah kerana kelapa memiliki kandungan minyak yang banyak. Manfaatkan parutan buah kelapa sebagai campuran scrub tubuh, biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam.

Scrub untuk Melembutkan Kulit
Biji kopi yang sudah dikisar menjadi minuman panas mahupun sejuk mungkin menjadi kegemaran anda sebelum memulakan hari. Akan tetapi, di sebalik itu, kopi juga sangat bagus untuk dijadikan bahan srub. Ini adalah kerana, kandungan asid semulajadi pada kopi dipercayai mampu menegangkan dan melicinkan kulit.

Ambil sesudu kopi dan campurkan ke dalam dengan air panas, kemudian ambil hampasnya dan campur dengan body lotion . Biarkan selama 10 minit, kemudian mandi dengan air suam.

Selamat Mencuba.... :)




Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Membuat Scrub Sendiri Agar Kulit Lebih Mulus "

Catat Ulasan