Aura Citra Beauty House 5 Cara Berkesan Hilangkan Masalah Kelemumur | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

5 Cara Berkesan Hilangkan Masalah Kelemumur


Masalah kesihatan rambut nombor satu bagi masyarakat yang tinggal di kawasan tropika adalah kelemumur. Selain boleh menyebabkan kerosakan pada rambut, kelemumur juga boleh menyebabkan kulit kepala yang menjadi kering seperti serpihan berwarna putih dan terasa gatal.

Diana Stevens, pendandan rambut ternama dari Tim Nioxin Design mengongsikan cara bagaimana melawan masalah kelemumur penyebab kurangnya percaya diri, terutama bagi anda yang memiliki rambut berminyak yang selalu kerap mengalami masalah kelemumur.

Pengambilan vitamin

Stevens menyarankan untuk mengonsumsi makanan yang kaya akan vitamin A, B dan C yang berfungsi menjaga keshiatan kulit kepala anda. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat penting dalam sistem sirkulasi tubuh serta perkembangan sel yang menyokong sistem imun atau ketahanan tubuh untuk melawan munculnya kelemumur.

Cubalah minuman smoothie yang mencampurkan ketiga-tiga vitamin dengan kombinasi aprikot, sayuran hijau serta strawberi... :)

Jaga kebersihan sisir dan sikat rambut

Seperti wajah yang kerap kotor kerana penggunaan bahan kimia yang ada di dalam kebanyakan bahan make-up, anda pun haruslah melakukan hal yang sama dengan perawatan rambut anda. Stevens mengesyorkan, cara untuk menghindari munculnya kelemumur adalah dengan mencuci sikat menggunakan sabun pembersih yang lalu dibilas kembali menggunakan air panas. Tambahkan cuka putih lalu biarkan untuk beberapa saat. Lakukan proses pembersihan ini dua kali seminggu.

Zinc adalah bahan dasar untuk mencegah dan menghilangkan masalah kelemumur. Zinc merupakan mineral antibakteria yang memiliki sifat untuk memperlambatkan pengelupasan yang disebabkan oleh peredaran sel. Stevens pun mengesyorkan supaya anda menggunakan syampu yang mengandungi mineral semulajadi untuk mengatasi masalah kelemumur dan kulit kepala. Usapkan syampu secara lembut pada kulit kepala dan bersihkan hingga kering.

Jalani rawatan salun

Jelas sekali perihal munculnya masalah kelemumur sebenarnya datang dari tompokan pada kulit kepala. Stevens pun merekomendasikan rawatan yang boleh dicuba di salun tertentu untuk memperbaharui kondisi kulit kepala, seperti lebihan minyak, tompokan pada kulit kepala selama 30 hingga 45 hari.

Rawatan ini pada asasnya, bersifat microdermabrasion yang dalam skala intensiti untuk penghasilan awal kulit kepala yang baru. Perawatan boleh dilakukan oleh siapa saja terutama bagi yang banyak kelemumur. Faktor luaran iaitu sepert kuman dan cuaca sangat membuatkan seseorang boleh terkena masalah kelemumur.

Kenali keadaan akar rambut anda

Tidak semua masalah kelemumur adalah sama begitu pula dengan perubatannya. Menurut Stevens, ada dua jenis kelemumur yang utama, iaitu Pityiaris Capitis Simpleks dan Pityriasis Steatoides. Jenis pertama memiliki ketebalan yang tipis, kering dan skala kecil disebabkan oleh faktor stress dan makanan yang tidak bergizi dan lalai menjaga kebersihan. Jenis utama ini dapat diubati dengan syampu dan krim khusus.

Dan untuk jenis kedua, kelemumur disebabkan masalah kulit kepala berminyak sehingga skalanya besar lalu bercampur dengan sebum dan menciptakan kerak pada kulit kepala. Jenis ini yang harus diawasi dan hanya boleh diatasi oleh dokter kulit.


Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "5 Cara Berkesan Hilangkan Masalah Kelemumur "

Catat Ulasan