Aura Citra Beauty House Rahsia Semulajadi Untuk Selalu Nampak Segar dan Cantik | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Rahsia Semulajadi Untuk Selalu Nampak Segar dan Cantik



Kita sering mendengar berbagai-bagai manfaat yang boleh kita perolehi untuk kecantikan jika kita mempunyai tidur yang cukup dan juga bersukan. Namun, tahukah anda bahawa masih banyak rahsia kecantikan seperti untuk tampil segar dan mungkin anda boleh lakukannya mulai dari sekarang.

Masalah rutin harian yang sangat sibuk boleh membuatkan anda sukar untuk mengaturkan pola istirehat dan tidur anda. Selain dari kelihatan pucat, lesu, lelah dan kerutan, dehidrasi pada wajah juga akan muncul. Walaupun sejumlah produk kecantikan mungkin terbukti dapat mengurangkan masalah kesihatan kulit, tetapi jika kita memelihara kecantikan secara semulajadi akan menghasilkan hasil yang lebih baik.

Wajah yang letih secara umumnya, hasil dari kekurangan mineral dalam tubuh dan akan memberi masalah pada ginjal. Selain itu, lingkaran gelap di kawasan mata disebabkan peningkatan kadar keasidan dalam tubuh yang menyumbang kepada gejala munculnya racun dalam organ hati dan ginjal.

Danielle Miller, penulis dan editor dari Boston Area yang selalu membuat artikel mengenai kesihatan dan hubungan asmara, mengongsikan rahsia semulajadi agar selalu nampak segar dan cantik.

“Ketika Anda kurang tidur maka akan terlihat gelap, kusam dan pucat. Terutama sekali di kawasan pipi,” jelas Kormeili, M.D, dermatologis dan juga professor klinikal.

Rawatan terbaik adalah produk kecantikan yang mengandungi asid hialuronat. Produk natural yang dibuat untuk kulit seharusnya menjaga kelembapan pada wajah kerana ianya berasaskan air. Begitu banyak produk yang mengandungi asid hialuronat dalam jenis krim, serum yang mampu mengatasi masalah penampilan wajah.

Alternatif lain adalah dengan memberikan pelembap pada wajah untuk menghindari kekeringan. Kormeili juga mengesyorkan tips yang boleh mengurangkan lesu dan segar kembali.

“Setiap orang memiliki pengalaman lingkaran hitam di sekitar mata akibat kurang tidur, stress, faktor genetik dan pola kehidupan," jelas pakar nutrisi Cheryl Wheeler Duncang.

Menurut Cheryl, penyelesaiannya adalah, pertama dengan mandi menggunakan air suam pada tubuh serta wajah. Air suam akan melancarkan pengaliran darah di kepala dan kulit dan menggerakkan terjadinya vasodialasi atau kelancaran proses aliran darah sebagai salah satu cara untuk kelihatan segar dalam beberapa saat.

Cara lainnya adalah mengonsumsi teh hijau atau mengkompres wajah dengan air sejuk. Air sejuk dipercayai sangat efektif untuk anti inflamasi yang akan mengarahkan ais menyerap ke dalam kulit dan membakar kulit yang sensitif.

Sarapan dengan buah beri juga sangat baik kerana ia mengandungi zat antioksidan yang membantu melawan kerosakan oksidasi kulit. Hidrasi merupakan faktor penting untuk membuat anda terlalu segar. Pastikan tubuh anda selalu terhidrasi setiap hari.

Proses hidrasi yang mudah adalah dengan pemberian mentimun selama 5 menit pada wajah anda. Mentimun mengandung alkali yang secara sementara akan membantu menjaga cahaya kulit pada wajah.

Semoga bermanfaat... :)


Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Rahsia Semulajadi Untuk Selalu Nampak Segar dan Cantik "

Catat Ulasan