Aura Citra Beauty House Perlukah Wanita Mencukur Rambut Halus Yang Ada Di Wajah? | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Perlukah Wanita Mencukur Rambut Halus Yang Ada Di Wajah?



Orang lelaki dengan jambang atau misai yang dibiarkan tumbuh secara semulajadi mungkin akan nampak seksi. Bagaimana pula jika hal tersebut dialami juga oleh wanita? Ewww!! :P

Ya, harus diakui bahwa wanita masa kini sangat membenci setiap bulu atau rambut nakal yang tumbuh berkeliaran di kawasan wajah dan leher, selain rambut. Jika anda tetap membiarkannya tumbuh bebas mungkin anda akan mendapat cemuhan dari orang disekeliling anda. Setuju?

Misai mahupun rambut halus di wajah pada umumnya mempengaruhi penampilan wanita yang diharapkan bersifat feminin serta bersih mulus. Untungnya, masalah ini tidak dirasakan oleh semua wanita, kerana faktor genetik dan hormon akan menyebabkan pertumbuhan rambut pada wajah seseorang wanita.

Waxing di salun atau menggunakan teknologi laser di klinik dapat menjadi alternatif, tetapi perbelanjaannya tentu cukup mahal. Jadi, apakah harus anda mencukur rambut halus pada wajah anda?

Rambut halus pada wajah sebenarnya bukanlah masalah berat, kerana hampir setiap wanita pasti memilikinya. Namun, ada yang nampak jelas, ada pula yang terlihat samar-samar. Pengaruh warna kulit serta pigmen warna rambut menjadi salah satu faktor mengapa seseorang yang mempunyai rambut halus di mulut, tengkuk dan lainnya pada wanita sangat kelihatan.

Seorang Kosmetologis dalam konvensyen ‘Bachelor in Paradise Michelle Money’ pernah memberikan tips untuk mencukur rambut halus pada wajah sekitar tahun 2011 melalui video Youtube. Dalam video itu, dia mengatakan bahawa mencukur rambut halus pada wajah bukanlah sesuatu yang dipandang remeh bahkan menjadi suatu kemestian. Beliau pun berkongsikan langkah-langkah mudah untuk mencukur rambut serta bulu halus seperti bulu arnab yang sangat susah menghilangkannya.

Kosmetologis tersebut menyuarakan pendapat beliau bahawa, "jika anda memiliki rambut halus pada wajah tapi tidak terasa terganggu, anda boleh saja tidak mengendahkannya. Mencukurnya bukan kewajipan bagi seseorang wanita, tapi ianya adalah pilihan."

Lain halnya pula dengan Kate Somerville yang juga memberikan informasi mengenai soal rambut halus pada wajah. Kate mengatakan jika seorang ahli kosmetik dermatologis pernah menangani masalah aktres Elizabeth Taylor mengenai masalah rambut halus pada wajahnya, begitupun juga dengan yang dilakukan oleh Marilyn Monroe untuk menjaga kecantikan wajahnya.

Menurut Kate, wajah yang bersih bebas bulu akan membuat applikasi make-up wajah lebih mudah, halus dan nampak bercahaya bersih. Kate pun mengatakan wajah orang lelaki akan kelihatan lebih muda, manfaat dari mencukur menggunakan pisau cukur. Secara fiziknya, pisau cukur melakukan pengelupasan semulajadi pada kulit dan sangat baik untuk mencegah penuaan.


Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Perlukah Wanita Mencukur Rambut Halus Yang Ada Di Wajah? "

Catat Ulasan