Aura Citra Beauty House Ini Adalah Bahagian Wajah Yang Paling Sukar Di Makeup | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Ini Adalah Bahagian Wajah Yang Paling Sukar Di Makeup

 

Mana bahagian wajah yang paling sukar dimakeup menurut anda? Ada yang beranggapan bahagian mata, ada juga yang mengaku bahawa alis merupakan bahagian paling sulit dan sebagainya. Sebenarnya, makeup dan kosmetik bukan hanya sekadar mencantikkan wajah, bahkan juga untuk memperbaiki kekurangan pada wajah.

Harus diakui, merias wajah memang bukan persoalan mudah, ianya memerlukan teknik dan pengetahuan yang tinggi agar dapat merubah penampilan menjadi lebih cantik dengan kesesuaian alat make up, terutama sekali, jika make up tidak lagi hanya dijadikan alat kosmetik belaka, tetapi  juga sebagai korektor wajah.

Baca: Ini Dia Cara Agar Rambut Cepat Panjang!

Seorang penata solekan profesional yang berkecimpung di dunia riasan wajah selama sepuluh tahun yang ditemui pada acara pameran potret kecantikan Dare the Rose, bekerja sama dengan Lancome dan lima fotografer mengatakan, jika bahagian wajah paling sulit untuk dirias adalah kulit dan juga mata.


"Kalau kulit muka kurang elok, maka akan agak sukar untuk meng-covernya. Sebaliknya, jika kulit flawless semakin mudah meriasnya," ungkap beliau.

Sementara itu, pada bahagian mata, beliau mengatakan, jika mata kecil, tidak ada lipatan, atau sudah turun, menjadi kesukaran tersendiri untuk dirinya merias wajah.

Baca: Rahsia Semulajadi Untuk Selalu Nampak Segar dan Cantik 

Lalu, tambah beliau lagi, bahagian wajah yang tidak simetri seperti dagu yang miring juga kadang-kadang sering ditemui pada kliennya.

Biasanya, untuk menjadikannya kelihatan simetri beliau menggunakan teknik riasan wajah seperti shading.

Beliau menggunakan gaya makeup wajah yang minimal, kulit kelihatan flawless, dan menonjolkan bahagian mata.

Akhir sekali beliau mengatakan, banyak kliennya yang meminta make over cara drastik dengan penampilan make up yang glamour. Namun, tak kurang pula yang meminta make up wajah natural dan tetap kelihatan seperti dirinya sendiri.

0 Response to "Ini Adalah Bahagian Wajah Yang Paling Sukar Di Makeup"

Catat Ulasan