Aura Citra Beauty House Mengapa Harus Membersihkan Wajah Dua Kali Sehari? | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Mengapa Harus Membersihkan Wajah Dua Kali Sehari?


Anda pasti sudah tahu kalau tidur dengan wajah penuh 'make-up' akan nampak sangat buruk..hehe.. :) .. Membersihkan wajah boleh melindungi kulit anda secara semulajadi dari bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik, sekaligus menghapuskan minyak serta kotoran penyumbat liang pori-pori dan penyebab jerawat, wajah kusam, dan tanda-tanda penuaan.

Banyak cara disyorkan oleh pakar kecantikan untuk menghindari perkara tersebut, salah satunya dengan pembersihan berganda. Iaitu mencuci wajah dua kali sehari. Mengapa dua kali, kenapa tidak tiga atau empat kali?

“Norma kecantikan wanita Asia seperti Jepun dan Korea terus berkembang hingga saat ini. Wanita di sana terobsesi memiliki kulit cantik dan sempurna sehingga sejak dulu, ritual pembersihan wajah selalu menjadi tradisi masyarakat di sana. Secara perubatan, membersihkan kulit sebanyak dua kali sehari mampu menjaga mineral semulajadi wajah tetap stabil, tidak berlebihan mahupun kekurangan,” ujar Charlotte Cho, ahli kecantikan di Korea dan pengasas laman e-commerce Soko Glam.

Cho yang juga mengajar di akademi Dermalogica juga mengatakan bahawa teknik pembersihan serta penggunaan produk yang tepat secara siginifikan akan mempengaruhi terhadap kesihatan kulit wajah anda.

Pembersihan berganda secara lazimnya, bermaksud di awali dengan membasuh wajah menggunakan sabun berasaskan pembersih minyak. Sebelum menggunakan sabun, jika anda sudah mengaplikasikan 'make-up', bersihkan wajah terlebih dahulu menggunakan makeup remover jenis susu pembersih.

Produk berasaskan pembersih minyak  akan menarik sebum dengan halus dan efektif.  Anda dinasihatkan menghindari sabun pembersih wajah yang mengandungi Surfaktan yang keras lalu menjadikan iritasi serta peningkatan pengeluaran dehidrasi minyak semulajadi pada wajah anda.

Selanjutnya, adalah menghapuskan semua sisa kotoran yang menyerap dan masih melekat pada wajah, seperti keringat, kotoran dan sel kulit mati menggunakan sabun pembersih wajah berasaskan air. Jenis sabun ini memiliki kelebihan menembusi lapisan paling dalam serta liang pori-pori wajah berbanding sabun pembersih berasaskan minyak.

Cho menjelaskan lagi beberapa langkah mudah membersihkan wajah menggunakan produk kecantikan.

Pertama, picit secara lembut kulit wajah dengan pembersih minyak, dengan gerakan putaran ke atas yang berlawanan dengan arah graviti untuk menghindari kedutan. 


Kedua, bilas menggunakan air suam secukupnya, tambahkan sedikit butiran scrub halus dan bersihkan kembali wajah secara lembut.


Ketiga, basuh wajah menggunakan air biasa untuk menutup pori-pori yang terbuka akibat proses scrubbing. Tambahkan pembersih jenis foam atau krim ekstrak lidah buaya atau bahan semulajadi lainnya untuk kembali melembutkan bahagian permukaan wajah. Keringkan wajah menggunakan tuala secara lembut dan tambahkan pelembap secukupnya. 


Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan.. 

0 Response to "Mengapa Harus Membersihkan Wajah Dua Kali Sehari?"

Catat Ulasan