Aura Citra Beauty House Tahukah Anda, 6 Makanan Yang Menyebabkan Munculnya Jerawat? | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Tahukah Anda, 6 Makanan Yang Menyebabkan Munculnya Jerawat?




Jerawat selalu menjadi masalah kompleks bagi wanita. Gangguan keseimbangan hormon adalah penyebab nombor satu timbulnya jerawat. Tidak hairanlah, wanita ketika usia produktif antara 15 – 25 tahun selalu mengalami masalah ini. Terdapat pelbagai penyebab lain cenderung kepada masalah ini dan dipengaruhi oleh pola hidup yang tidak sihat, stress, faktor genetik serta pengambilan makanan.

Diet seringkali dikaitkan sebagai langkah penyembuhan jerawat menurut banyak doktor kulit dan pakar kecantikan di dunia. Mungkin, sudah sampai waktunya untuk mengubah apa yang anda makan demi mengatasi gangguan penampilan kulit wajah nombor satu ini.

Terdapat 6 jenis makanan penyebab jerawat  yang patut anda hindari. Yang cukup mengejutkan, ternyata coklat tidak termasuk dalam daftar tersebut. Terkejut bukan?

1. Susu

Berita buruk bagi anda yang suka dengan susu. Ini adalah kerana, American Academy of Dermatology  baru-baru ini mengatakan bahawa dengan mengkonsumsi susu boleh menimbulkan jerawat. Mengapa? Lalu, bagaimana untuk memenuhi khasiat kalsium untuk tulang?

“Hormon pada olahan susu adalah puncanya. Susu menyebabkan lonjakan hormon sehingga tubuh memproduksi jerawat tertentu. Gantikan susu lembu dengan susu almond, susu beras, atau susu kelapa. Ganti keperluan nutrisi kalsium dengan buah pisang yang kaya vitamin dan kalsium,” ujar Dr. Frank Lipman, doktor Perubatan Integratif dan Fungsi serta pengasas Eleven Eleven Wellness Center di New York City.

2. Gula

Selain menyumbang kalori yang cukup besar, gula ternyata menimbulkan jerawat. Gula dikesan sebagai bahan pro-inflamasi sehingga akan memburukkan keadaan peradangan kulit dan seseorang berkulit sensitif untuk terkena jerawat. Dr. Lipman mengesyorkan buah segar sebagai pengganti keperluan gula dan rasa manis secara semulajadi. Alternatif lainnya adalah madu serta sirap maple dan sirap jagung.

3. Kacang Soya

Menurut penemuan terbaru, kandungan isoflavon dalam kacang soya bermanfaat mengurangkan potensi penyakit kanser. Namun estrogen juga ditemukan dalam kacang soya.  Phytoestrogens dalam kacang soya meniru peningkatan estrogen yang juga berpengaruh terhadap lonjakan hormon.

Kimberly Yap Yan, pengasas Skin Salvation and Acne Clinic di San Francisco menyarankan bersikap selektif dan cermat dengan produk yang mengandung kacang soya derivative yang kerap muncul pada makanan burger vegetarian dan lainnya.

4. Kopi

Secawan kopi akan menyegarkan tubuh disebabkan oleh kandungan kafein di dalamnya. Tapi, tahukah anda bahawa kadar asid organik dalam biji kopi berpengaruh pada kortisol atau hormon pemicu stress? Kortisol dapat bertindak seperti androgen sekaligus merangsang kelenjar sebaceous dan peradang kulit. Sebaiknya gantikan kopi dengan teh hijau atau herba.

5. Roti

Fakta ini cukup mengejutkan, kerana ternyata makanan berjenis roti seperti baguette, croissant, sus dan lainnya bisa menyebabkan peradangan kulit. Roti sekarang ini menurut Dr. Lipman, banyak diproduksi secara komersial dengan campuran bahan gula, minyak kacang soya dan produk susu secara berlebihan. Roti jenis muffin yang banyak dijual di pasaran terdiri dari tiga bahan pemicu jerawat paling besar iaitu susu, mentega, kacang soya dan gula.

6. Minyak Kelapa

Ada apa dengan minyak kelapa? Yap Tan mengatakan bahawa minyak kelapa mengandungi comedogenic yang tidak hanya menyumbat pori-pori di sekitar mulut, tetapi juga menciptakan semacam peradangan pada kawasan pipi, dahi dan dagu. Gantikan minyak kelapa dengan minyak zaitun. 


Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Tahukah Anda, 6 Makanan Yang Menyebabkan Munculnya Jerawat? "

Catat Ulasan