Aura Citra Beauty House Bolehkah Kita Memiliki Hidung Mancung Tanpa Pembedahan Plastik? | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Bolehkah Kita Memiliki Hidung Mancung Tanpa Pembedahan Plastik?




Sejak dulu lagi, ramai wanita Asia mengimpikan bentuk hidung mancung bak wanita Arab atau kulit putih yang sempurna..hehe.. :)

Pada umumnya, hidung kaum Melayu dan masyarkat Asia berbentuk lebar dan kurang mancung. Alasan ini pula yang mendasari teknik pemancungan hidung yang begitu popular dan diminati di Asia.

Dulu perkonturan bentuk hidung (rhinoplasty) adalah prosedur pembedahan kosmetik yang memerlukan waktu pemulihan yang cukup panjang, bahkan ia akan meninggalkan bekas luka sehingga penampilan dan aktiviti yang menerima pembedahan tersebut akan terganggu dalam beberapa waktu.

"Nampaknya, masyarakat menginginkan prosedur yang memberi hasil nyata namun kurang efek sampingan," ujar Dr. Fitra Dien Shefrianti dari Impressions Aesthetic Clinic.

Dr. Fitra menerangkan alternatif demi untuk mendapatkan bentuk hidung mancung tanpa perlu dibedah menggunakan teknik Nose Augmentation, iaitu penyuntikkan Filler. Filler merupakan teknik penyuntikan zat Asid Hialuronat (HA) pada bawah lapisan kulit untuk menambahkan volume dan menegangkan kulit.

Asid Hialuronat sendiri sebenarnya sudah ada di dalam tubuh kita namun jumlahnya terbatas. Dr. Fitra pun menjelaskan perbezaan mengenai Filler. Menurutnya, Filler yang ideal adalah Filler Non Permanent yang tidak menimbulkan reaksi alergi, tidak menyebabkan peradangan, dapat diserap oleh tubuh dan memberikan penampilan yang semulajadi.

Walaupun Filler Non Permanent boleh digunakan tanpa rasa sakit, namun ia tidak bertahan seumur hidup seperti pembedahan plastik. Secara umumnya ia dapat bertahan dari 6-12 bulan. HA yang disuntik akan bersatu dengan HA secara semulajadi di hidung dan lama kelamaan diserap oleh tubuh.

“Mereka sebaiknya memilih produk Dermal Filler yang sudah dipercayai serta berdaftar di KKM dan hasilnya terbukti. Faktor ketenangan yang menerima rawatan ini juga tetap dijaga. Pilihan lain mungkin boleg menggunakan Dermal Filler yang menggunakan Non Animal Stabilized Hyaluronic Acid," ujar Dr. Fitra lagi.

Kelebihan Rhinoplasty dengan Filler adalah kerana waktu rawatannya yang singkat, hanya memerlukan waktu sekitar 15-30 minit. Selain itu, tidak mempunyai efek negatif pembedahan seperti pembengkakkan atau bekas jahitan. Waktu pemulihan juga jauh berkurang berbanding prosedur Rhinoplasty dengan teknik bedah, sehingga si penerima rawatan dapat beraktiviti kembali seperti biasa.

Berbeza dengan pembedahan yang biasanya membetulkan struktur tulang hidung, cairan Filler dimasukkan di bawah kulit dan di atas permukaan tulang hidung sehingga tidak mengganggu lapisan tulang dan tidak memberikan efek sampingan.


Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to " Bolehkah Kita Memiliki Hidung Mancung Tanpa Pembedahan Plastik?"

Catat Ulasan