Aura Citra Beauty House Apa Yang Terjadi Pada Bibir Wanita Ketika Usia Tua? | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Apa Yang Terjadi Pada Bibir Wanita Ketika Usia Tua?


Kawasan wajah manakah yang anda takut daripada mengalami kedutan semasa usia semakin tua? Lazimnya pasti ramai yang menjawab kawasan dahi, mata serta bibir. Elastisiti kulit semakin menurun ketika seseorang memasuki usia 40 tahun. Terutama sekali bagi mereka yang tidak menjalani pola kehidupan sihat serta melakukan rawatan secara rutin.

Kedutan dan kerepot memang tidak dapat dihindari kerana merupakan proses semulajadi terhadap perubahan kulit, namun kedutan dan kerepot boleh dirawat agar kawasan tersebut tetap terpelihara bentuknya.

Yang perlu anda tahu, kualiti bibir berubah seiring dengan penigkatan usia seseorang. Proses penuaan membuat kulit semakin nipis disebabkan sokongan otot sekitar bibir mula menghilang. Selain itu, terjadi perubahan struktur tulang, resorpso tulang, serta kurangnya volume jaringan lunak yang menyebabkan perubahan di kawasan perioral atau disekitar mulut.

“Otot orbicularis oris pada bibir akan menjadi lebih merata seiring proses penuaan dan atropi. Bentuk bibir akan lebih nipis dan tidak seksi lagi. Secara visual, penuaan bibir menandakan penurunan vermilion atau penumpulan dari cupid bow sehingga sempadan bibir menjadi kabur,” jelas Dr. Luciana Hendrawan dari Beautyme Clinic.

Dr. Luci juga menerangkan bahawa hiperaktiviti otot di garis sekitar tepi mulut terbentuk dari masa ke masa. Akibat dari itu, terjadi perubahan dari bentuk dan penampilan bibir seiring penuaan seseorang. Bahkan, seorang wanita kelihatan sedih dan semakin tua akibat bentuk sudut bibir yang arahnya menurun.

Faktor luar yang menyebabkan masalah bentuk bibir dicenderungi oleh kebiasaan merokok, menggigit bibir, terdedah dengan sinar matahari, perubahan cuaca, dan selalu menggunakan lipstik berbagai warna dan make up tanpa kandungan mineral. Ini menyebabkan diakhiri dengan kekeringan, penipisan, kehilangan volume yang disertai kerepot di sekeliling kawasan bibir.

“Bibir terlihat penuh, tegang, tesktur yang halus, lembap dan segar adalah definisi bibir ideal untuk wanita secara umumnya. Sayang sekali, ramai yang mengeluh bentuk bibirnya yang tidak ideal. Padahal, di dunia ini ada cara mudah dan paling mudah, iaitu tanpa pembedahan agar bibir nampak indah dan seksi” ujar Dr. Luciana. 


Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Apa Yang Terjadi Pada Bibir Wanita Ketika Usia Tua? "

Catat Ulasan