Aura Citra Beauty House Mengecilkan Peha Luar, Keluhan Utama Wanita Malaysia | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Mengecilkan Peha Luar, Keluhan Utama Wanita Malaysia


Pertanyaan yang paling kerap diajukan kepada Dr. Yanvi, selaku General Practionaire Diet Program dari CBC Clinic, adalah dari wanita yang menginginkan cara untuk mengecilkan peha luar.

Ya, bahagian peha luar ini diakui doktor lulusan Universiti Atma Djaya pada tahun 2009 tersebut memang masalah utama tubuh wanita bahkan di dunia sekalipun. 

Jika lelaki, sering mempunyai salah satu bahagian spesifik yang biasa disebut 'Love Blend' atau bahagian sekeliling pinggang dan perut yang berlemak, manakala wanita pula sering memiliki tompokan lemak membesar di bahagian peha.

Menurut Dr. Yanvi, hampir 90% pelanggan wanita yang datang ke CBC Clinic tempat beliau bekerja, mengalami rasa putus asa dengan keadaan peha luar yang mereka alami.

Mereka merasa bahawa sudah melakukan berbagai cara untuk mengecilkan peha luar, namun hasilnya tetap negatif dan sangat mengecewakan.

“Mungkin mereka stress atau depressi, mereka yang berkunjung ke sini memang sudah menjalani akupuntur, olahraga, diet mati-matian, ataupun segala ubat herba. Tetapi, tidak seperti yang diinginkan. Lemak di bahagian peha luar memang saya akui paling susah kerana ianya tebal dan kompleks,” ujarnya saat ditemuramah setelah media gathering ‘CBC Coolsculpting Center Present COOLSMOOTH’, di CBC Clinic.

Kenyataan Dr. Anvi kembali membuka pemikiran kita bahawa tubuh wanita jelas berubah seiring kondisi pertambahan usia, pola hidup yang tidak sihat, serta masalah hormon lainnya. Ini yang mendasari masalah peha luar pada wanita.

Secara genetik, Dr. Yanvi menjelaskan masalah cara mengecilkan peha luar juga dialami oleh perempuan di Asia dan Afrika.

“Tidak semestinya tergantung pada pola makan dan kehidupan. Namun bentuk pinggul, pinggang dan peha akan langsung berubah jika anda hamil atau melahirkan anak. Apatah lagi, jika anda tidak menjaganya. Bahagian perut, lengan dan pinggang boleh dibentuk dan ditegangkan, tetapi bahagian peha luar adalah sangat sulit untuk dirawat,” tambah Dr. Yanvi.

Penyelesaian untuk mengecilkan peha luar ini diakui doktor yang mengambil bidang khusus kecantikan tersebut menyatakan hanya ada dua cara, iaitu pembedahan atau treatment non surgery seperti 'Coolsmooth'.

“Kalau pembedahan pasti kos dan risikonya lebih besar dan memerlukan waktu yang lebih lama, tak termasuk lagi kos pasca pembedahan. Biasanya, mereka akan merasa kesakitan bahkan tidak boleh langsung beraktiviti. Perawatan non-surgery menjadi pilihan bagi anda yang ingin mendapatkan penampilan peha lebih tegang dan kecil,” ujar beliau mengakhiri perbualan.


              Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Mengecilkan Peha Luar, Keluhan Utama Wanita Malaysia "

Catat Ulasan