Aura Citra Beauty House Benarkah Mencabut Uban Membuatnya Tumbuh Lebih Banyak? | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Benarkah Mencabut Uban Membuatnya Tumbuh Lebih Banyak?




Cepat atau lambat, uban akan tumbuh. Ada beberapa orang yang membiarkannya tumbuh terus, ada pula yang memilih menutupinya dengan inai atau pewarna rambut. Selain itu, khususnya bila kehadiran uban hanya dijumpai satu hingga dua helai di kepala, ramai yang untuk memilih mencabut uban. 
Tapi benarkah mencabut uban bererti membuat ia tumbuh lebih banyak?

Ada beberapa orang percaya bahawa ketika kita mencabut uban maka akan tumbuh satu, dua hingga tiga uban kemudiannya. Dengan kata lain, mencabut uban sama saja dengan memperbanyakkan uban. Benarkah perkara ini?

 
Mitos ini ternyata bukan hanya ada di Malaysia, kerana hampir semua penduduk dunia nyaris mempercayainya.Faktanya, Randy Scheuller, pakar kosmetik sekaligus penulis mengungkapkan, mencabut uban sebenarnya hal yang biasa saja dilakukan.


"Namun, ketika kita mencabut uban, sebenarnya folikel rambut tak akan ikut tercabut. Sehingga, uban akan tumbuh lagi di tempat yang sama, "ujarnya seperti ditulis di Huffington.


Scheuller menambah, mencabut sehelai rambut tak akan berpengaruh apa-apa pada rambut di sekelilingnya. Mencabut uban juga tak akan membuatkan uban tumbuh lebih banyak.
"Tapi harus tetap dipertimbangkan bahawa mencabut rambut, misalnya menggunakan pinset, akan menyebabkan kerosakan kekal pada folikel rambut."


Selain itu, sering mencabut rambut tak membuatkan uban anda tumbuh sebagai rambut hitam lagi. "Malah, bila terlalu sering dicabut hingga folikel rosak, boleh membuatkab rambut tak tumbuh sama sekali di kawasan tersebut."


Hmm, nampaknya rambut beruban jauh lebih baik daripada anda mengalami keguguran, bukan? Hehehe..renung-renugkan.. :)



       Gunalah De'Xandra Perfumes untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Benarkah Mencabut Uban Membuatnya Tumbuh Lebih Banyak?"

Catat Ulasan