Aura Citra Beauty House Sudahkah Anda Tahu Cara Untuk Merawat Kulit Sensitif? | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Sudahkah Anda Tahu Cara Untuk Merawat Kulit Sensitif?



Adakah kulit anda menjadi merah atau gatal-gatal saat anda mencuba produk baru, atau kerana melakukan scrubbing  terlalu kuat? Mungkin kulit anda tergolong dalam kategori kulit sensitif. Oleh itu, ketahuilah cara-cara merawat kulit sensitif  dengan selalu untuk menjaga kesihatan kulit anda.

Uji dulu baru aplikasi
Ketika menggunakan produk baru, selalu lakukan ujian kecil terlebih dahulu. Applikasikanlah ia pada bahagian tubuh anda yang sensitif seperti di belakang telinga. Tunggu hingga 24 jam berikutnya, dan lihat apakah timbul iritasi, tanda kemerahan dan indikasi alergi lainnya.

Jangan beli produk hipoalergenik
Produk hipoalergenik untuk kulit sensitif bukanlah jawapannya. Beberapa institusi dan lembaga kesihatan tidak mengesyorkarkan penggunaan produk yang mengandung hipoalergenik kerana tidak bermanfaat secara siginifikan pada kulit yang sensitif.

Oleskan pelembap
Bagi pemilik kulit sensitif gunakan pelembap pada waktu pagi dan malam hari untuk melindungi diri dari kekeringan dan kulit kusam, termasuk pencemaran udara.

Selalu periksa label produk
Pengetahuan sangat penting untuk melindungi kulit kita. Pastikan produk bebas dari wangian dan agen penyebab iritasi. Akademi Dermatologi di Amerika mengesyorkan penggunaan produk yang mengandung bahan penyebab alergi yang amat kurang.

Cuci bersih
Biarkan pori-pori terus bersih dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan sabun pembersih yang diformulasikan khusus bagi kulit sensitif. Hindari melakukan proses scrubbing  dengan cara terlalu keras, yang berpotensi merosakkan kulit.

Pakai selengkapnya
Cara paling muidah untuk menghindari reaksi berlebihan pada kulit sensitif, adalah menggunakan produk perawatan kulit secukupnya, dan seperlunya. Contohnya sabun pembersih, pelembap, dan pelindung matahari.

Pilih kosmetik yang selektif
Gunakan makeup  seperlunya, seperti bedak mineral yang minima risiko alergi kerana ia dibuat dari mineral silikon. Jangan gunakan waterproof maskara' kerana boleh membuatkan anda menggosok dengan agak kuat sewaktu membersihkannya. Gunakan eyeliner jenis pensil bukan cair, atau bahan lateks lain, penyebab reaksi alergi.

Atasi dengan 'sunblock'
Kulit sensitif yang mudah teriritasi sangat berisiko pada sinar matahari. Gunakan 'sunblock' dengan kandungan SPF 30 atau bahkan lebih tinggi untuk melindungi lapisan epidermis kulit. Pilih 'sunblock' yang mengandung zinc oxide dan titanium dioxide.


Selamat Mencuba.. :)

Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Sudahkah Anda Tahu Cara Untuk Merawat Kulit Sensitif?"

Catat Ulasan