Aura Citra Beauty House Inginkan Riasan Wajah “Flawless Glowing” Ala Supermodel Victoria Secret? | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Inginkan Riasan Wajah “Flawless Glowing” Ala Supermodel Victoria Secret?



Sebut saja Victoria Secret, hampir semua wanita tahu tentang jenama yang terkemuka ini. Nama-nama seperti Adriana Lima, Alessandra Ambrossio, Karlie Kloss, Doutzen Kroes, Candice Swanepoel dan bidadari lainnya berhasil memukau jutaan penonton baik yang menyaksikan secara langsung mahupun menerusi tayangan televisyen.

Selain model serta inovasi bahan yang selalu dilakukan, perkara lain yang menarik adalah soal dandanan rambut serta riasan wajah “flawless glowing” ala supermodel Victoria Secret. Memang memerlukan teknik dari tangan para makeup profesional agar hasil riasannya nampak sempurna dan semulajadi. Namun, anda tak perlu takut untuk mencubanya untuk gaya riasan ke majlis dan temasya. 


Kunci utama riasan flawless glowing menurut Makeup Artist, adalah penggunaan concealer dan beberapa produk berkualiti yang jenis glossy dan juga shimmer. Tetapi, keadaan kulit wajah yang sihat dan bersih juga sangat-sangat diperlukan.

“Wajah anda perlulah sihat dan bebas jerawat, bintik hitam atau kekeringan untuk dapatkan hasil maksimum. Tata rias produk juga tidaklah terlalu berlebihan agar tidak terkesan malah berminyak ” kata beliau.

Beliau juga mengatakan bahawa fokuskan kesan riasan flawless glowing pada kawasan sekitar pipi, dagu, atas tengah dahi dekat titik alis, batang tengah hidung dan cuping. Demi hasilnya yang lebih rapi, beliau mengesyorkankan guna span khusus untuk concealer dan semua produk jenis liquid, gel atau cecair.

Di awali dengan mengaplikasikan wajah dengan serum serta pelembap secukupnya hingga merata dan menyerap menggunakan span mengarah keluar wajah, teruskan dengan pre-foundation moisturizer kemudian alaskan dengan bedak. Terapkan bronzer untuk memberi dimensi wajah secukupnya yang dibaur hingga merata di bahagian hidung, rahang, pipi, dan sisi pinggir dahi.

Jangan lupa menambahkan concealer tepat di kawasan apel pipi (bagian yang menonjol), bawah mata, cuping hidung dan dahi yang dibaur kembali merata sempurna, “Pilih bedak two way cake kemudian bedak tabur tetapi jangan terlalu banyak. Tunggu sampai wajah anda mengering dan menyerap agar mudah diriaskan” saran beliau.

0 Response to "Inginkan Riasan Wajah “Flawless Glowing” Ala Supermodel Victoria Secret?"

Catat Ulasan