Aura Citra Beauty House Jenis Kulit Apa Yang Memerlukan Pemutih Wajah? | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Jenis Kulit Apa Yang Memerlukan Pemutih Wajah?



Cuba anda perhatikan, ada berbagai produk perawatan kulit wajah yang dijual di pasaran. Apakah ianya pencerah atau pemutih sebagai strategi penjualannya? Jika ya, bererti wanita zaman sekarang ini pada umumnya menginginkan kulit yang putih dan cerah seperti wanita Amerika dan Eropah.

Namun, masih banyak perempuan yang belum mengetahui jenis kulit apa yang memerlukan pemutih wajah . Agar tidak keliru memilih dan tidak sembarangan menggunakannya sehingga tampak kerosakan kulit, berikut panduan untuk anda.

Begitu banyak kategori yang membuatkan kulit wajah memerlukan kandungan bahan pemutih. Kadarnya pun berbeza mengkut peringkat masalah semulajadinya.

Kulit yang perlu pemutih wajah adalah yang memiliki flek hitam atau bintik hitam tanda penuaan, atau akibat kesan radikal bebas dari faktor persekitaran. Sebaiknya, pilihlah produk yang berfungsi menidurkan zat melanin penyebab flek atau bintik hitam pada wajah.


Pada dasarnya setiap orang memiliki melanin di wajahnya, sehingga apabila tidak dirawat atau dijaga akan timbul ke permukaan kulit dan semakin nyata terlihat. Iklim tropika di Malaysia diakui juga telah membuatkan banyak wanita di Malaysia memiliki pori-pori wajah yang besar. Hal ini umumnya disebabkan berkurangnya kelembapan kulit akibat kulit membuka pori-pori untuk mengatur suhu serta kelembapannya.

Ada dua teknologi bahan terkini di dunia estetika dan perawatan kulit yang dianggap mampu menjawab sejumlah permasalahan kulit wanita Malaysia, iaitu Nano Technology serta Light Controlling Technology.

Nano Technology adalah di mana semua partikel kandungan dengan ukurannya dibuat lebih kecil dari jarak sel kulit kita, dan tidak semua produk memilikinya sehingga sangat mudah meresap sampai ke lapisan kulit terdalam kerana jarak sel kulit kita adalah 100nm.

Berbeza halnya dengan Light Controlling Technology, iaitu teknologi reproduksi yang dikembangkan oleh Fujifilm untuk mendapatkan warna, tekstur, dan keadaan kulit yang indah, cerah, serta sihat.

0 Response to "Jenis Kulit Apa Yang Memerlukan Pemutih Wajah?"

Catat Ulasan