Aura Citra Beauty House Tren Alis Mata Tahun 2015 Terinspirasi Dari Gaya Selebriti 60an | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Tren Alis Mata Tahun 2015 Terinspirasi Dari Gaya Selebriti 60an


Ada khabar terkini dari dunia kecantikan solekan wajah. Bagi anda yang masih menggilai gaya rambut alis mata bak supermodel ternama Cara Delevingne di sepanjang tahun 2013 serta 2014, kini saatnya beralih pada model terbaru.

Istilah dinamik dan selalu berputar memang pantas mewakili perkembangan dunia moden dan kecantikan. Tidak hairanlah trend alis mata tahun 2015 terinspirasi dari gaya selebriti pada era tahun 1960-an, iaitu Sophia Loren. Bila Cara Delevingne mengenakan kesan rambut alis mata semulajadi yang tebal dan sedikit, berbeza halnya dengan pemenang piala Oscar untuk kategori Aktres Terbaik dalam filem "Two Women" pada tahun 1960. 
Sophia pada ketika itu hadir dengan alis yang dicukur tipis melengkung mirip seperti rambut alis aktres Drew Barrymore ketika pertama kali muncul di panggung Hollywood. Namun, trend rambut alis mata yang dimaksudkan bukanlah bentuk alis melengkung runcing yang dibentuk oleh pensil dan nampak nyata, tetapi alis tipis transparen bertekstur serta tidak terlalu rapi yang dipintal dengan warna coklat muda, brunette atau perang agar kesan natural lebih ketara.

Nilam Patel, pengasas HD Brows dengan nama jolokan The Eyebrow Queen hasil dari kegigihannya dalam urusan rambut alis mata menjelaskan secara detail. Menurutnya, gaya rambut alis mata ala Sophia sebenarnya tidak terlalu transparen, tetapi kerana layar televisyen dulu masih berwarna hitam putih, maka terlihat sangat tipis. 
“Untuk membentuk alis seperti Sophia, anda harus tetap memanjangkan rambut alis. Ciptakan kesan natural bertekstur dengan menyikat rambut alis ke arah atas sehingga nampak tegas sekaligus rapi,” saran Patel.

Patel pun menambah lagi bahawa sisi dan bentuk alis harus signifikan agar penampilannya cantik dan memberi dimensi pada wajah. Cara membentuk alis mata seperti yang direkomendasikan Patel adalah dengan memilih pensil dan warna pensil mata yang tepat serta berkualiti. Lalu sisir secara perlahan tanpa perlu mengikuti bentuk dan garis rambut alis mata asal. Teknik menyisir pensil alis atau serbuk khusus rambut alis juga sangat penting dan berpengaruh untuk mencapai hasil yang diinginkan.


              Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Tren Alis Mata Tahun 2015 Terinspirasi Dari Gaya Selebriti 60an"

Catat Ulasan