Aura Citra Beauty House Manakah Yang Lebih Baik, Cukur Atau Waxing? | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Manakah Yang Lebih Baik, Cukur Atau Waxing?



Memiliki kulit halus dan cerah memang idaman setiap wanita. Namun, adanya bulu halus di sekitar kulit kadangkala mengganggu penampilan dan mengurangi rasa percaya diri kita. Biasanya, rambut halus ini dihilangkan dengan mencukur atau pergi ke tempat waxing.

Sebenarnya kaedah mana yang lebih baik cukur atau waxing? Mari kita lihat perbezaannya!

Dijelaskan oleh MeetDoctor.com, ketika mencukur, anda hanya perlu membasahi kaki dan mengoleskan krim cukur, lalu mencukur dan membilas rambut halus yang telah dicukur di bilik mandi. Jika melakukan waxing, anda harus memanaskan wax hingga cair, lalu dioleskan ke kaki atau bahagian yang ingin di-wax. Kemudian, tunggu hingga lapisan wax mengeras dan cabut dengan kertas waxing.

Pada amnya, kedua cara tersebut hanya bersifat sementara. Sebab rambut halus akan muncul dalam beberapa minggu. Namun, rambut halus baru bisa tumbuh sekitar 3 – 9 minggu bila anda memilih waxing. akan tetapi, jika dicukur, rambut halus kaki dapat tumbuh dalam masa 3 hari.
Dilihat dari segi perbelanjaan, mencukur rambut halus kaki lebih jimat berbanding waxing. Ini adalah kerana, kaedah waxing dilakukan di salun khusus waxing yang tidaklah murah. Namun, baik waxing ataupun cukur, akan memiliki risiko menimbulkan kulit kemerahan dan iritasi. Kulit pun boleh terluka bila anda tidak berhati-hati.

Selain itu, waxing dan cukur dapat menimbulkan ingrown hairs atau rambut yang tumbuh ke dalam kulit dan tidak keluar dari folikel rambut. Risiko lain yang timbul adalah bekas berupa scar atau keloid. Jika tidak dilakukan dengan hati-hati, waxing atau bercukur akan menyebabkan luka pada kulit. Sementara itu, luka pada kulit dapat menjadi tempat bersarangnya bakteri penyebab penyakit. Terlebih lagi, lokasi waxing seperti ketiak atau Miss V berada di lipatan dan tempat yang tertutup pakaian sehingga faktor gesekan dan kelembapan yang tinggi.

Oleh sebab itu, perawatan sesudah tindakan bercukur mahupun waxing, yang disarankan adalah mengoleskan krim antibiotik.

              Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Manakah Yang Lebih Baik, Cukur Atau Waxing?"

Catat Ulasan