Aura Citra Beauty House Sudahkah Anda Tahu, 4 Kelebihan CC Krim Berbanding BB Krim? | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Sudahkah Anda Tahu, 4 Kelebihan CC Krim Berbanding BB Krim?


Sebenarnya, produk CC Krim sudah terdengar sejak satu tahun kebelakangan ini. Meskipun banyak label kecantikan telah mengeluarkannya, nampaknya kepopularan CC Krim belum dapat menandingi pendahulunya, iaitu BB Krim.

Secara lebih jelas, produk CC (Color Correcting) Cream dirancang khusus untuk membuat kulit wajah cerah bercahaya dengan warna kulit yang lebih merata. Perlu anda ketahui bahawa penyebab warna kulit tidak merata disebabkan oleh terdedah kepada sinar matahari, radiasi sinar ultraviolet, penggunaan produk pencerah kulit wajah yang tidak tepat dan lain-lain.

Bagi anda yang belum mengetahui sejumlah khasiat yang terkandung di dalam CC Krim, berikut di antara 4 kelebihan CC Krim berbanding BB Krim :

Fungsi mencerahkan 
Produk CC Krim yang berkualiti harus diperkaya oleh pearl protein sehingga mampu menyamarkan bintik hitam sekaligus meningkatkan kecantikan semulajadi wajah. 

Fungsi menyempurnakan
Penghasilan baru formula multi dimensional finishing complex akan menyempurnakan penampilan kulit wajah dengan teksturnya yang halus, lembut dan ringan. 

Fungsi mengoptimalkan 
Emulsinya dilengkapi dengan multiflora blend yang membantu melembapkan dan melembutkan kulit dengan optimal. Selain itu, tekstur alas bedak akan lebih mudah diapplikasikan secara merata di wajah dan memberikan hasil yang tahan lama.

Fungsi melindungi
Hampir sama dengan BB krim, produk CC krim juga umumnya dilengkapi dengan SPF 50 untuk melindungi kulit dari sinar UVB dan PA+++ sebagai perlindungan kulit terhadap sinar UVA.

              Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Sudahkah Anda Tahu, 4 Kelebihan CC Krim Berbanding BB Krim?"

Catat Ulasan