Aura Citra Beauty House Penggunaan Maskara Yang Betul | Aura Citra Beauty House

Earn Money With Uber Driver

Penggunaan Maskara Yang Betul


Jangan remehkan kerana bentuknya yang kecil, Si “Tongkat Ajaib” ini mampu membuat bulu mata anda kelihatan sempurna.

Hampir setiap wanita memiliki alat kosmerik ini. Hanya dengan sekali sapuan, kesan mata yang boleh menjadi luar biasa. Mari kita kenali jenis maskara yang sesuai dengan bulu mata kita.

Jenis Sikat Maskara

1. Curves Brush Mascara 
Sikat maskara yang ber­bentuk melengkung ini sesuai untuk menyikat bulu mata sehingga terlihat lebih lentik. Sesuai untuk pemilik bulu mata pendek karena boleh memberi efek mata lebih besar. 

2. Big Brush Mascara 
Bentuknya besar dengan sikat yang banyak membuat maskara jenis ini menjadi pilihan sesetengah wanita. Mudah diaplikasikan serta mampu memberi efek bulu mata terlihat lebih tebal. Maskara jenis ini sesuai untuk pemilik bulu mata yang jarang dan pendek.

3. Straight  Mascara 
Bentuknya menyeru­pai sisir dengan sikat yang pendek. Maskara jenis ini sangat sesuai untuk pemilik bulu mata tebal dan pendek, karena mampu menyikat seluruh bagian bulu mata dan tidak terlihat menggumpal.

4. Comb Shaped Mascara 
Berbentuk menyerupai sisir kecil. Maskara jenis ini sangat sesuai digunakan untuk memberikan efek bulu mata lebih bervolume, memanjang, dan memisahkan bulu mata sehingga nampak lebih lentik dan tebal.

Cara Yang Betul Mengapplikasikan Maskara
Ikuti empat langkah mudah berikut agar maskara di applikasi dengan cantik di mata anda:

1. Sepit bulu mata menggunakan penyepit bulu mata untuk memberi kesan lentik.

2 . Aplikasi­kan­­ maskara mu­­la dari bawah­ hingga ke atas bulu mata dengan sekali sapuan.

3. Setelah 30 saat, appli­kasikan lagi maskara dari da­lam hujung mata hingga luar bulu mata. Sewaktu menunggu pengapplikasian kedua, hindari menggoncang maskara kerana akan membuat sisa maskara di dalam botol menggumpal.

4. Untuk ha­sil yang sempurna pada bahagian bawah bulu mata, pastikan maskara dalam posisi tegak lurus, gunakan dengan cara menyisir beberapa bulu mata.

Semoga bermanfaat.. :)

Gunalah Tabita Skincare untuk kesan yang memuaskan..

0 Response to "Penggunaan Maskara Yang Betul"

Catat Ulasan